 |
| Ferrari F12berlinetta |
Brembo adalah pengeluar sistem brek terkemuka di dunia yang juga beroperasi dalam peralatan asal, alat ganti, dan segmen lumba. Dengan kepakaran yang tiada tandingan, Brembo menghasilkan cakera brek untuk kereta-kereta terkemuka di pasaran Eropah, Amerika dan Asia yang menjadikan sistem brek mereka paling berprestij dan eksklusif. Brembo mengeluarkan alat ganti yang meliputi lebih 96% kenderaan-kenderaan di jalan raya pada hari ini. Brembo menawarkan satu produk rangkaian menyeluruh dicipta untuk pasukan bersaing dalam sukan permotoran dunia kategori utama (pelumba formula, GT, Rally, dan lain-lain), serta pelbagai produk khusus untuk peminat yang menikmati pemanduan berprestasi atau yang menggunakan kenderaan mereka untuk kedua-dua kegunaan di jalan raya biasa dan hari trek.
 |
| Suzuki GSX-R 1000 |
Selain itu, Brembo juga merupakan pengeluar terulung dalam pasaran brek motosikal dan beroperasi dalam OEM, alat ganti dan sektor perlumbaan. Brembo juga adalah yang terulung dalam pengeluaran cakera brek OEM, kaliber dan silinder induk bagi model yang dibuat oleh pengeluar motosikal yang paling berprestij di dunia termasuk Harley Davidson, Suzuki, Ducati, BMW dan KTM. Selain itu Brembo juga turut menawarkan pelbagai jenis alat ganti untuk semua jenis motosikal.
Brembo juga menawarkan pelbagai produk peralatan asal yang telah dipilih oleh pengeluar paling berprestij dalam dunia kenderaan perdagangan, termasuk IVECO, Renault Lori, Mercedes Benz, Volvo, dan lain-lain. Brembo menawarkan manfaat teknologi dan pengalaman yang luas ke setiap bengkel, dengan pelbagai cakera brek yang menawarkan kualiti yang sangat baik, serasi dengan komponen asal dan amat mudah untuk dipasang.
Brembo juga menawarkan pelbagai produk khusus untuk perlumbaan dan dicipta untuk pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan sukan motor. Pelbagai produk juga direka untuk peminat yang menggabungkan kegunaan jalan raya dengan pemdanduan berorientasikan prestasi atau sesi hari trek
 |
| Brake Pads and Brake Shoes |
 |
| Hydraulic components
|
 |
| Discs and Drums |
 |
| Drum Fitting Kits |
No comments:
Post a Comment