PROFIL




PROFIL USAHAWAN

Alberto Bombassei


Alberto Bombassei telah lahir di Vicenza pada tahun 1940. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1961 apabila bersama-sama bapa dan pak cik beliau menubuhkan Brembo dalam persekitaran ekonomi yang positif selepas zaman peperangan. Ketika itu ekonomi sekeliling semakin pulih dan pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada tahun 1964, beliau telah dilantik oleh bapanya sendiri sebagai pengurus pemasaran dalam syarikat Brembo. Syarikat yang masih mentah ketika mula mengeluarkan brek Italy yang pertama kepada Alfa Romeo.

Dalam masa yang singkat, Brembo telah berjaya menjadi syarikat pertama di Eropah yang menguasai bahagian sistem cakera pada motosikal. Beliau mempunyai perwatakan yang rasional dan strategik. Beliau hanya bertahan menjadi pengurus pemarasan selama 29 tahun sahaja. Pada tahun 1976 beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar.

Pada tahun 1983, dalam usaha untuk mengiktirafkan Brembo ke pasaran antarabangsa, Brembo telah bergabung dengan syarikat Kelsey-Hayes, U.S yang merupakan kumpulan syarikat multinasional di ibu negara. Pada tahun 1984, hasil daripada gabungan kedua-dua syarikat ini, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, dan memiliki kuasa yang luas dan kuasa dalam pengurusan perniagaan. Namun begitu, pada tahun 1993, Brembo telah keluar daripada syarikat Kelsey-Hayes dan kembali menguasai syarikat sendiri.

Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Presiden Brembo SpA dan memegang jawatan sebagai pengarah urusan. Pada tahun 1995, hasil semangat kerjasama yang kuat saham syarikat telah berjaya masuk ke Bursa Saham. Pertumbuhan syarikat Brembo selama 50 tahun tidak dapat dihentikan. Syarikat Brembo yang bermula dengan 28 orang pekerja kini telah mempunyai lebih daripada 5700 orang pekerja.

Pada Februari 2003, beliau telah dianugerahkan Ijazah kehormat dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari University of Bergamo. Pada tahun 2004, beliau telah dianugerahkan gelaran "Cavaliere del lavoro" oleh Republik Itali.
 
Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu :

  • Pengarah Bebas dan Ahli Jawatankuasa Ganjaran
    Italcementi SpA
     
  • Bekas Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif
    Atlantia SpA
     
  • Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden
    Brembo SpA
     
  • Bekas Pengarah Bebas
    Ciccolella SpA
     
  • Ahli Lembaga Pengarah
    Nuova FourB S.r.l.
     
  • Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kawalan & Pengurusan Risiko Dalaman
    Fiat Perindustrian SpA
     
  • Bekas Pengarah
    Credito Bergamasco S.p.A
    (2003-2006)
     
  • Pengarah Bebas
    Pirelli & C. SpA
    (2006-Present)

No comments:

Post a Comment