PRODUK YANG BERJAYA
Brembo menjadi pembekal motosikal terbaik di Eropah apabila mula menjadi pembekal Moto Guzzi pada tahun 1972. Bukti terbesar akan kualiti dan teknologi produk Brembo adalah pada tahun 1975 apabila syarikat tersebut diminta untuk melengkapkan kereta lumba paling berprestij dalam Formula-1. Brembo juga merupakan syarikat terkemuka dalam membekalkan segmen sistem brek. Banyak pasukan yang menggunakan brek Bembo telah memenangi beratus-ratus kejohanan dunia dalam perlumbaan automobil dan motosikal.Pada tahun 1980, pelbagai produk tersebut telah disertakan brek 'caliper' aluminium untuk automobil dah telah diterima pakai oleh pengeluar kereta berprestasi tinggi seperti Porsche, Mercedes, Lancia, BMW, Nissan dan Chrysler.
Dari pertengahan 1980-an, Brembo memutuskan untuk melanjutkan operasi ke industri cakera brek, dan menjadi pembekal strategik untuk Iveco, Industri Kenderaan Renault dan Mercedes. Brembo juga bersetuju untuk pengambilalihan saham syarikat Kelsy-Hayes, sebuah kilang pengasas sistem brek di Amerika Syarikat.
Brembo memperoleh syarikat Alfa Real Minas dari Brazil untuk pemesinan cakera brek dan pemasangan enjin roda tenaga. Brembo juga memperoleh syarikat AP Racing Limited dari Britain yang khusus dalam pengeluaran sistem brek dan klac untuk kereta dan motosikal berprestasi tinggi. Brembo juga mengambilalih 70% dari Marcsheni, sebuah syarikat yang khusus dalam pengeluaran roda magnesium.
BREMBO DI SELURUH DUNIA
Brembo kini sebuah syarikat multinasional yang beroperasi sepenuhnya di tiga benua dan fasiliti pengeluaran di 12 negara. Ia juga mempunyai cawangan komersial di Sweden, Perancis dan Jerman dan memasarkan produknya di 70 negara di seluruh dunia.
Syarikat ini mempunyai lebih daripada 6000 tenaga kerja, kira-kira 10% daripadanya iaitu jurutera dan pakar-pakar produk terlibat dalam penyelidikan penting dan aktiviti pembangunan.
Syarikat ini mempunyai lebih daripada 6000 tenaga kerja, kira-kira 10% daripadanya iaitu jurutera dan pakar-pakar produk terlibat dalam penyelidikan penting dan aktiviti pembangunan.
![]() |
| Lokasi Brembo di Peta Dunia |

No comments:
Post a Comment