Friday, 23 November 2012

Sejarah Brembo

Kisah Brembo bermula pada tahun 1960, banyak perniagaan keluarga yang telah ditubuhkan selepas perang dunia kedua, kesan dari peperangan tersebut telah mengubah Italy secara beransur-ansur dari ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. Lombardy, khususnya telah berkembang maju dengan pesat berbanding dearah lain di Italy dan industri mekanikal merupakan blok utama strategik dalam sektor pembuatan.

Emilio Bombassei (1905-2001)
Italo Breda (1915-1987)

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 januari 1961 bermula dari kedai mesin kecil, bergantung kepada pengalaman kedua-dua pengasasnya iaitu Emilio Bombassei dan Italo Breda. Italo breda merupakan abang ipar kepada Emilio Bombassei dan menjual barangan berasaskan besi yang diperlukan oleh syarikat motosikal dan syarikat komponen yang lain.

Pada awal penubuhan, syarikat tersebut dikenali sebagai "OMdS" iaitu "Officine Meccaniche di Sombreno" dimiliki oleh Bombassei dan Breda serta mempunyai beberapa orang pekerja. Nama "Freni Brembo" telah diperkenalkan selepas sepuluh tahun berikutnya. Brembo merupakan nama singkatan bagi nama keluarga mereka berdua iaitu, Breda dan Bombassei.

Paladina, awal 70-an

Pada awalnya syarikat Brembo merupakan perniagaan kecil yang dikendalikan oleh keluarga, sama seperti kebanyakan perniagaan di Italy. Walaupun keluarga Bombassei berasal dari Venice tetapi syarikat ini sangat bergantung kepada ikatan amanah antara pemilik dan kakitangan mereka. Oleh itu, mereka tetap berkongsi kepentingan bersama dalam menggalakkan pertumbuhan syarikat

Sungguhpun model perniagaan syarikat ini berasaskan keluarga yang kukuh, Emilio segera memutuskan untuk memberikan syarikat suatu cetakan perindustrian, dengan pembahagian tugas dan tanggungjawab tertentu. Italo Breda menguruskan bahagian pentadbiran dan kewangan. Manakala anak sulungnya, Sergio bertanggungjawab untuk kawasan pengeluaran dan perindustriandan anak-anaknya yang lain, Alberto, menyelia jualan. Emilio meletakkan dirinya dalam menjaga pengambilalihan, perolehan bahan-bahan mentah, dan hubungan dengan pelanggan utama syarikat. 

No comments:

Post a Comment